Friday, June 11, 2010

Isu Perpindahan Ke Kahareh ( Dumyat )

Selepas solat jumaat sebentar tadi, Amid Kuliah Al-Azhar cawangan Dumyat telah membuat satu perjumpaan bersama para mahasiswa luar Negara bagi menjelaskan permasalahan perpindahan ke Kaherah..

شهاب0789

Selepas sedikit jamuan makan yang diadakan di perkarangan Masjid Markas Islami, kira-kira 300 orang mahasiswa diarahkan masuk kedalam masjid untuk mendengar penjelasan dari Amid Kuliah..

Dalam ucapan Amid.. Amid menjelaskan bahawa Pihak tertinggi Al-Azhar iaitu Syekhul Azhar , Doktor Ahmad Thoib sendiri yang membuat qorar terbaru itu setelah dia diangkat menjadi Syeikhul Azhar mengantikan Syeikh Thontowi Rahimahullah…

شهاب0800

Amid juga menegaskan bahawa, para mahasiswa masih mempunyai peluang mengubah qarar tersebut jika mahu terus berada di bumi Dumyat..

Amid mencadangkan agar badan kepimpinan setiap Negara membuat surat usul bantahan kepada Syeikhul Azhar.. ini adalah berikutan beberapa sebab yang kukuh menurut beliau :

1. Qarar ini adalah diluar bidang kuasa beliau sebagai Amid Kuliah

2. Mahasiswa luar Negara merupakan tetamu kepada Negara mesir, oleh itu, Syeikhul Azhar sepatutnya mendengar luahan pendapat dari Mahasiswa

3. Syeikhul Azhar lebih suka jika mahasiswa sendiri bertemu beliau

4. Qarar ini adalah untuk kebaikan mahasiswa , oleh itu, mahasiswa berhak menyampaikan pendapat yang dirasakan terbaik

Kontra :

Ustaz Saiful Khan bin Ahmad selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa ( Malaysia ) Dumyat telah mengantar surat usul bantahan kepada Syeikhul Azhar namun sehingga kini masih tidak mendapat sebarang jawapan dari pihak Syeikhul Azhar…

Cadangan resolusi :

1) Pucuk pimpinan setiap Negara hendaklah mengadakan mensyuarat dan terus memujuk pihak Syeikhul Azhar untuk membiarkan mahasiswa Dumyat berada dibumi kerang ini, -jika pun tindakan ini tidak Berjaya, pihak pimpinan telah melakukan sebuah gerak kerja yang bersungguh-sungguh..dan tidaklah kita dikira kalah sebelum bertanding.

2) Seluruh mahasiswa perlu bersungguh-sungguh dalam peperiksaan yang berbaki, jika ianya memberansangkan, maka ia merupakan buah pukul yang kuat untuk mempertahankan keberadaan kita disini

3) Teruskan berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT, kerana hanyalah pada-Nya tempat kita mengharap secara total!

WaAllahu Alam..

No comments:

Post a Comment