Sistem peperiksaan di Universiti Al-Azhar terbahagi kepada dua peringkat
1) Imtihan Syafawi ( lisan )
2) Imtihan Tahriri ( bertulis )
· Im tihan berbetuk lisan
· Ia dijalankan samada seminggu sebelum atau selepas imtihan tahriri bebeza mengikut kuliah masing-masing
· Pelajar diwajibkan menghafal Al-Quran mengikut muqarrar yang telah ditetapkan,
· Untuk pelajar tahun pertama, biasanya akan ditetapkan untuk menghafal satu atau dua juzuk awal, oleh itu, diharapkan dapat buat persediaan awal sejak dari Malaysia lagi
· Selain mata pelajaran Al-Quran, terdapat beberapa meta pelajaran yang lain yang terdapat dalam ujian syafawi seperti Feqh Syafie, Feqh Muqarron dan lain-lain
IMTIHAN TAHRIRI
· Setiap mata pelajaran di Universiti Al-Azhar berbentuk tulisan
Universiti Azhar mengamalkan sistem 2 fasal ( semester ) bagi setiap sesi pengajian :
· Fasal Pertama : September – Disember
· Fasal Kedua : Februari – Mei
· Kehadiran ke kuliah tidak diwajibkan namun ada ura-ura mengatakan bahawa Al-Azhar akan mewajibkan kehadiran ke kuliah ( WaAllahu Alam )
· Hari pengajian adalah setiap hari kecuali hari jumaat ( cuti umum )
· Masa pengajian bagi musim sejuk pula jam 10 pagi dan 9 pagi bagi musim panas
- akhir waktuPengajian adalah bergantung kepada pensyarah
· Kelas tambahan bergantung kepada pensyarah
· Kertas kerja atau assignment hanya untuk subjek tertentu dan kuliah tertentu
Bil | markah | pangkat | Status |
1 | 90-100 | Mumtaz | Lulus ( B.A Hons ) |
2 | 80-89 | Jayyid jiddan | Lulus ( B.A Hons ) |
3 | 65-79 | Jayyid | Lulus ( B.A Hons ) |
4 | 50-64 | Maqbul | Lulus |
5 | 31-49 | Dhoif | Gagal |
6 | 0-30 | Dhoif jiddan | Gagal |
· Kelayakan untuk lulus dan meneruskan pengajian ke tahun seterusnya adalah berdasarkan keputusan peperiksaan . gagal 2subjek dari keseluruhan subjek yang diambil adalah kelayakan minimum bagi seseorang mahasiswa untuk meneruskan pengajian ke tahun seterusnya.
(Pada tahun pertama ada 14 subjek keseluruhan )
Ø Gagal 2 subjek = mendapat kelayakan minimum untuk meneruskan pengajian tahun kedua Al-Azhar pada tahun hadapan
Ø Gagal 3 subjek keatas = gagal untuk meneruskan pengajian tahun kedua al-azhar pada tahun hadapan dan masih kekal di tahun pertama dengan mengulang kembali subjek-subjek yang gagal itu.
· Keputusan peperiksaan akan ditampal di bagunan kuliah masing-masing. Tiada slip keputusan rasmi yang akan dikeluarkan kecuali selepas tamatnya pengajian tahun akhir ( tahun ke-empat )
· Pengiktirafan ijazah adalah bergantung kepada nilaian keseluruhan keputusan peperiksaan dari tahun pertama sehingga tahun terakhir.
kepada para calon mahasiswa, anda tidak perlu risau akan yuran kuliah kerana, Al-Azhar tidak menetapkan bayaran yuran kuliah, anda hanya perlu menyediakan sekitar RM 50 bagi tujuan membuat urusan di Al-Azhar untuk satu tahun.
No comments:
Post a Comment