Showing posts with label pmram. Show all posts
Showing posts with label pmram. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

Peranan Al-Azhar

Al-AzharMosqueCairo500 KAHERAH, 3 Ogos – Lepasan Al-Azhar hari ini diharapkan berperanan sebagai pencetus dan pejuang kepada kemerdekaan masyarakat Malaysia daripada penjajahan ideologi dan membawa mereka kepada kepatuhan hanya terhadap Allah dan Rasulnya.
Saudara Zulkifli Abdul Ghani ketika membentangkan satu kertas kerja bertajuk “Peranan Al-Azhar Dalam Membina Mahasiswa Islam Yang Unggul” menjelaskan mengenai peranan-peranan yang harus dibawa oleh graduan Al-Azhar apabila pulang ke Malaysia. Antaranya ialah peranan terhadap sistem pendidikan, ekonomi dan agama.
Tambahnya lagi, tidak semua lepasan Al-Azhar berjaya dalam menterjemahkan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

-berita PMRAM

 

Justeru, disini kami kongsikan kertas kerja tersebut, bagi menyelaraskan kefahaman kita terhadap Al-Azhar supaya kita dapat menjadi sepertimana yang diharapkan ..

PERANAN AL-AZHAR

Sunday, April 4, 2010

PMRAM

image

Perjuangan mahasiswa merupakan sebuah gaya hidup yang semestinya diambil berat oleh setiap mahasiswa amnya dan Azhari khususnya. Mahasiswa merupakan harapan negara yang bakal mencorakkan hala tuju sesebuah negara. Oleh itu, setiap individu mahasiswa perlu berani menyatakan segala pandangan yang didasarkan dengan ilmu yang jitu bagi mematangkan pemikiran seseorang mahasiswa . Bagi Azhariyyun , PMRAM merupakan satu wadah yang cukup matang bagi menjadi ruang para Azhari untuk melatih peribadi agar mampu menjadi harapan negara yang bakal mencorakkan hala tuju negara akan datang.

PMRAM merupakan sebuah persatuan induk yang menaungi para mahasiswa di bumi Mesir ini, sejak dari ketibaan di Lapangan Terbang lagi, PMRAM telah bertindak mengambil peranan mereka menghantar para Mahasiswa baru ke rumah negeri masing-masing.

PMRAM juga akan menguruskan segala keperluan dan kebajikan Mahasiswa yang berada di Mesir ini. Mereka akan berusaha sedaya upaya membantu para mahasiswa yang mengalami masalah disini.

Oleh itu, para mahasiswa tidak perlulah risau akan masalah yang bakal dihadapi disini, asalkan anda memaklumkan kedatangan anda ke Mesir ini, maka, anda sudah tidak perlu bersusah payah.

image